Sunday, May 24, 2009

Gelagat Ati n Ain

Peksa oh peksa....

Masa periksa Pertengahan Tahun ari tu, anak-anakku paling gembira sebab mereka tak payah bawa beg dan dapat pulang awal. Bila balik dari peksa dan ditanya sengan ke susah, depa jawab "senang jer !". Tapi yang peliknya bila dapat result, tak dapat pun 100%. Apa yang senang ntah! Senang hati kut!

Aku offer anak-anak nak apa kalu dapat peksa no.1. Aisyah nak pergi Australia, Fuh! dan Ati nak Teddy bear. Harga hadiah tu punyalah jauh beza. Aku kalau ditanya nak apa, aku jawab nak duit RM 1 juta jer. Tapi ada ke orang nak offer? dan aku nak peksa apa? m mmmm dah lepas zaman. Peksa PTK pun tak lepas-lepas.

Webcam ku sayang

Awal bulan ari tu, aku membeli sebiji webcam. Maklumlah nak belajo guna webcam. Kalu tak tahu nanti orang kata ketinggalan zaman. Yang paling teruk tentu kena kutuk dengan adik- beradik. Depa sume advance IT. Ex lagi belaka-belaka tuh....

Maka bermulalah episod mempelajari dan mengeksplore penggunaan webcam. Apalagi ..... aku pun mulalah belajar chatting YM ngan adik-adikku sambil tu boleh lah guna webcam and lihat muka-muka depa yang dah lama tak jumpa. Paling terkejut bila dapat tengok muka sorang adikku yang jauh dimata... fuh tergezut! ingatkan pejuang taliban mana, rupa-rupanya adikku.

Har! har! tq nonek coz ajar akak ym and nae yang mengajar guna webcam dengan penuh kesabaran. Akhirnya berjaya juga akak menggunakan teknologi zaman ini. Sekarang buleh lah akan eksen sebab akak dah ada webcam dan microphone. Korang sume tak de mikrofon. har! har! menang! betul....betul....betul....

Thursday, March 12, 2009

Result SPM

Alhamdulillah result SPM Fizik 100% lulus. Tahniah dan terima kasih wat cikgu Latif yang banyak membantu dalam peningkatan subjek tu. Cikgu Latip memang hebat. Minit meeting siap awal. Tak de sapa boleh tanding. Ruzita Kamil pun kalah.

Bagi subjek lain pun tahniah untuk yang telah mendapat peningkatan peratusan dan yang telah mendapat 100%. Antaranya Chemistry, Biologi, B.Arab, Syariah dan Al Quran Sunnah. Ustazah-ustazah pada tahun ni sumenya senyum melebar, terutamanya Kak Embon. Dia dah tahu result awal. So dia dah suka dulu. Tak aci ni....

Pada best student, Zuhair cikgu ucapkan tahniah dan semoga berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Awak memang best dan hebat.Kak Rose, nanti kalu nak wat kenduri, jangan lupa saya. Bungkuskan apa-apa lauk yang patut bebanyak skit!

Tahniah sume..... Pada cikgu-cikgu yang dah suke bebeno tu, jangan le lupa wat sujud syukur plak ye. Takbir!

Nasyid Oh Nasyid...


Khamis lepas, kumpulan nasyid Soutul Azim telah tewas dalam pertandingan Nasyid MTQ peringkat zon. Sedih gak bila kenang-kenangkan. Wat cam ne dah tak de rezeki. Walau macam mana pun cikgu ucapkan tahniah dan terima kasih bebanyak kepada semua peserta atas usaha yang telah dilakukan. Korang berlatih siang malam pagi petang tak kira waktu. Hari sekolah ke, cuti ke, korang sume dah berlatih. Syabaslah pada kalian sume.

Tak lupa juga wat Sdr Hafiz Mujib yang telah sukarela menjadi jurulatih tanpa bayaran. Semoga usaha anda mendapat sebesar-besar ganjaran daripada Nya. Banyak-banyakkan bersabar dgn kerenah adik-adik ye Fiz. Pas ni sambung kontrak untuk nasyid SLAD pulak yer.